Apakah itu Guarana?
Guarana dihasilkan daripada biji tumbuhan menjalar yang berasal dari Amazon, Brazil. Buahnya adalah bulat, kecil, berwarna merah terang dan berkelompok.
Apabila ia masak, buah akan merekah dan biji hitam akan tersembul keluar seolah-olah rupa biji mata.
Apakah kandungan bahan utama dalam Guarana?
Guarana mengandungi
Guaranine, hipoxanthine, proanthocyanidins, asid salisilik, tanin, theobromine, theophylline, xanthine. Asid amino, kalium, fosforus, kalsium, zat besi, zink. Vitamin B1, B2, B6, B12, E. Adenin, guanin, kolin, glukosa, musilaj, asid nikotinik
Apakah bahan kandungan aktif dalam Guarana?
Bahan kandungan aktif Guarana adalah bahan alkaloid guaranine, theophylline dan theobromine. Dari sudut kimia, bahan alkaloid ini tergolong dalam kumpulan xanthine yang mana guaranine dikenali sebagai kafein semula jadi (tetramethilxanthine), theophylline (1,3–dimetilxanthine) dan theobromine (3,7– dimethylxanthine). Selain itu, kandungan lain termasuklah tanin, saponin, minyak dan lemak semula jadi yang bertindak secara sinergistik untuk memberi kesan Guarana yang tersendiri.
Bagaimanakah Guarana bertindak?
Peranan utama kumpulan xanthine ini adalah sebagai penenang otot (merenggangkan) dan mempunyai kesan diuretik, selain bertindak sebagai perangsang terhadap sistem saraf utama dan sistem peredaran darah. Walaupun secara kimia ia menyerupai kafein (trimethylxanthine) tetapi kesan fisiologinya telah berubah. Kesan kafein seringkali menguja dan memanaskan badan keterlaluan dan membekalkan tenaga yang mendadak dalam tempoh masa yang singkat. Ini tidak didapati pada Guarana kerana bahan-bahan lain di dalamnya mengubah aktiviti kumpulan methylxanthine ini. Tambahan pula, Guarana merangsang dan mengembalikan kecergasan sambil memberi kesan menenangkan keseluruhan sistem badan. Ini disebabkan guaranine yang berpotensi tinggi dibebaskan secara perlahan-lahan apabila kandungan lemak asli dileraikan dan dicernakan yang memberikan tempoh pembebasan yang berjam-jam lamanya (kadar penyerapan yang perlahan).
Bagaimana Guarana boleh digunakan? Kepada siapa Guarana berguna?
Guarana boleh bertindak sebagai analgesik, mengembangkan bronkiol, memudahkan pernafasan dan sebagainya. Guarana juga boleh digunakan untuk
Kelesuan:
Ia adalah bahan penguja yang lembut (secara tidak langsung) dan berguna apabila otak terganggu atau tertekan daripada penggunaan mental mahupun apabila keletihan daripada cuaca yang panas.
Cirit-birit, gangguan pencernaan :
Bahan tanin membantu dalam pemulihan daripada cirit-birit.
Sindrom sebelum datang bulan (PMS), listlessnesssakit kepala dan lemah badan:
Ia berguna untuk sakit kepala disebabkan saraf atau tekanan yang disebabkan oleh datang bulan.
Neuralgia dan kesakitan yang tidak serius:
Ia boleh mengembangkan bronkiol yang mempercepatkan kelancaran darah dan meningkatkan pengeluaran kardiak. Oleh itu, lebih oksigen dapat dibekalkan kepada sel yang terlibat untuk bertindak ke atas asid laktik dan toksin yang telah terhasil.
No comments:
Post a Comment